Tentang Kami

Mengikut En Adham, terdapat banyak jenis nenas seperti Nenas AC1 (Nenas Moris), Nenas AC2 (Nenas Sarawak) dan juga dikenali sebagai Nenas Paun, AC3 (Nenas Gandul), AC4 (Nenas Maspine), AC5 (Nenas Josapine), AC6 (Nenas Yankee), AC7 (Nenas Moris Gajah), AC8 (Nenas N36), diikuti dengan AC9 (Nenas MD2). Nenas boleh dikatakan sangat popular di Malaysia serta seluruh dunia. Nenas kaya dengan sumber vitamin C, vitamin A, serat dan sebagainya. Sistem pengairan tidak begitu penting bagi tanaman nenas kerana ia agak tahan keadaan kemarau.

Penanaman nanas dikatakan senang kerana hanya perlu membaja dan membuang rumput di sekelilingnya bagi menghasilkan buah yang baik. Menurutnya, nenas mengambil masa setahun 6 bulan untuk masak. Hasilnya banyak dikeluarkan pada bulan Julai. En.Adham menjual nenas dari kebunnya dan dibantu oleh isterinya. Pelanggan lebih menggemari nenas tersebut kerana rasanya yang sangat manis. Nenas enak dimakan sebagai pencuci mulut. Ia boleh diproses kepada jus minuman, kordial, jem dan lain-lain lagi.

Lokasi

Lorong 21,

Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan

Hubungi

Ingin membuat tempahan sila hubungi:

En Adham/Syahdan

H/P : 010-8314768

Sosial