tentang Kami

Santan ialah ramuan makanan yang popular dan selalu digunakan oleh rakyat Malaysia. Kelapa dan santan dikatakan mempunyai potensi perniagaan yang besar.Perniagaan kelapa dan santan ini telah beroperasi sejak 2015 dan merupakan satu-satunya perniagaan santan di kawasan Kota Samarahan. Perniagaan ini diusahakan oleh Labiah bt Bondot atau lebih dikenali sebagai Kak Asie dengan menggunakan nama Kelapa Wangi.

Menurutnya, santan mempunyai rasa lemak dan selalu digunakan sebagai perasa yang menyedapkan masakan. Selain daripada santan, Kak Asie turut mengusahakan penjualan minyak lalak atau lebih dikenali sebagai minyak kelapa. Minyak kelapa telah mendapat sambutan yang baik dalam kalangan orang ramai kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Minyak kelapa boleh mencantikkan kulit, rambut dan kuku kita serta merupakan sumber tenaga segera bagi manusia. Perusahaan Kak Asie ini turut menjadi pembekal kepada pasaraya seperti Farley dan Sri Maju dan menjual kira-kira 300 ke 400 biji kelapa dan 70kg ke 80kg santan dalam tempoh sehari.

Lokasi

Lorong 28,

No.52A,

Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan.

Hubungi

Ingin membuat tempahan sila hubungi:

Labiah bt Bondot.

H/P : 014-221 7863/ 011-2507 6706

Whatsapp : 012-890 2267

Sosial