Sejarah Kampung Sindang

 

Kampung Sindang ini mula diteroka kira-kira 46 tahun dahulu, penduduk dari Kampung Meranek telah datang dan meneroka sebuah penempatan baru. Hal ini kerana kepadatan penduduk di Kampung Meranek ketika itu. Antara orang yang membuka kampung ini ialah Haji Sejili bin Busrah. Nama Kampung Sindang ini berasal daripada nama sebuah sungai Iaitu Sungai Sindang.

 

Hasil temubual bersama Puan Jamaiah Haji Adeli, dipercayai bahawa penduduk awal yang membuka kampung ini ialah kaum Melayu Asli. Tarikh sebenar ia dibuka tidak dapat dipastikan. Rata-rata penduduk kampung ini beragama Islam. Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani. Kampung ini dahulu popular dengan ladang nanas yang sangat besar. Namun setelah banyak rumah dan fasiliti dibina, ladang nanas semakin berkurang.

 

Setelah penduduk di Kampung Sindang bertambah ramai, pembangunan mula dikecapi oleh penduduk kampung ini dengan bantuan kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Masjid dan sekolah adalah bukti kepada arus perubahan yang dikecapi oleh penduduk di Kampung Sindang.

 

Turut diceritakan, dahulu penduduk di Kampung Sindang menggunakan telaga untuk mendapatkan bekalan air. Jalan raya yang dahulunya hanya diturap dengan batu. Kini jalan raya disepanjang Kampung Sindang telah diturap dengan tar. Pelbagai fasilti telah dibina di Kampung Sindang, antaranya ialah masjid, tadika, sekolah rendah dan menengah. Sekolah Pendidikan Khas turut terdapat di Kampung Sindang. Penduduk di kampung ini turut menjalankan perniagaan seperti kerepek, roti canai, kedai makan, ladang cili, ladang tembikai dan pelbagai lagi.