Sekolah ini terletak di Jalan Dato’ Mohd. Musa, Kota Samarahan yang meliputi seluas 36.72 ekar yang dikongsi bersama SK Pendidikan Khas (Cacat Pendengaran). Projek ini dilaksanakan secara reka dan bina dengan kos sebanyak RM 14,525,783.13 .

Skop projek ini merangkumi 1 blok pentadbiran, 24 bilik darjah dan kemudahan lain seperti padang permainan, tapak perhimpunan, kantin, makmal dan sebagainya.

Sekolah ini memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2002 dengan menumpang di SK Dato’ Mohd. Musa.Sekolah ini siap sepenuhnya pada 19 Julai 2002 dan telah diserahkan kepada pihak sekolah pada 31 Julai 2002.

Akhirnya,pada 5 Ogos 2002 sekolah ini memulakan sesi persekolahan di bangunan sendiri. Tanggal 20 Februari 2004, YAB Dato’ Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi (perdana menteri ke-lima) merasmikan sekolah ini.

Visi

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Samarahan pemacu generasi gemilang

 

Misi

Membangunkan modal insan melalui pendidikan bersepadu dan berkualiti selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan

Hubungi

Telefon = 6082672353

Fax = 6082673657

Lokasi

Sekolah Menengah Kebangsaan Kota SamarahanJalan Dato Mohd Musa94300, Kota SamarahanSarawak, Malaysia