Tentang Kami

Tembikai merupakan buah yang mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, kalium dan natrium. Buah tembikai didapati boleh mengubati masalah ginjal dan salur kencing. Buah ini juga baik untuk mencuci perut dan menghidarkan penyakit. Penanaman tembikai memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik.

Mengikut En.Jemat, suhu untuk tanaman tembikai haruslah antara 25-35°C pada siang dan pada sebelah malam pula 18-22°C amat sesuai. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Kawasan tanah tinggi dianggap tidak sesuai untuk pertumbuhan buah tembikai. Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang sederhana iaitu pH 4.5-7.0.

Jenis kawasan yang gembur berpasir dan tidak menakung air adalah lebih sesuai bagi tanaman tembikai. Selain itu, kawasan yang rata digunakan untuk mengendalikan sistem pengairan. En. Jemat menggunakan seluas bidang tanah untuk menanam tembikai dan dia juga memastikan sistem pengairan dialirkan dalam keadaan yang baik. Selepas penuaian, En.Jemat mengumpulkan buah-buah di tempat teduh untuk menyenangakan proses agihan. Semasa proses agihan, buah-buah diasingkan mengikut saiz dan bentuk dan selepas itu, diangkut ke destinasi jualan.

Lokasi

Lorong 16,

Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan.

Hubungi

Ingin membuat tempahan sila hubungi:

Encik Jemat

H/P : 016-4206704

Social